Thursday, September 18, 2014

AL MANNA - MAKANAN TERBAIK



Apakah Al-Manna?


Seorang ulamak tafsir Al-Quran  bernama  Mujahid mengatakan bahawa Al-Manna  diturunkan kepada kaum Bani Israil di zaman  Nabi Musa a.s. adalah "as-Samghu".  As-Samghu adalah kalimah  Arab yang bermaksud Getah Arab atau  Arabic Gum  dalam Bahasa Inggeris


Al Manna  dilaporkan sebagai makanan yang berkhasiat bagi kaum Bani Israil.  Ia ditumbuk untuk dijadikan roti  dan dicampur dalam minuman untuk menjadikan air minuman yang  segar dan berkhasiat. 


Dalam Tafsir Ibnu Kathir, Ibnu Abbas mengatakan bahawa al-Manna adalah getah yang keluar dari pokok. Tafsiran ini dirasakan    menepati  dengan pengertian bahawa As-Samghu atau Gum Arabic ini adalah salah satu daripada Al-Manna diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kaumnya. 



Dalam satu  hadis Rasulullah (saw), baginda bersabda "Kam'ah itu sebahagian daripada al-Manna dan airnya  adalah  ubat bagi mata,  Ajwa (kurma) dari syurga dan ia penawar bagi racun" (Hadis Sahih riwayat Ibnu Majah.   Daripada hadis tersebut dapat difahami bahawa Al-Manna yang diturunkan kepada kaum Nabi Musa AS bukan satu jenis makanan  sahaja, tetapi adalah  dari beberapa jenis makanan.


Kita di Malaysia  mengenal  As-Samghu sebagai Getah Arab atau Gam Arab, dalam bahasa Inggeris ialah dikenali sebagai Arabic  Gum.  Kadang kala ia juga  dikenali sebagai Acacia Gum, Hashab Gum Arabic  atau  Kordofan Gum Arabic.


 * Kebaikan Al Manna, Kebaikan GumArabic

No comments:

Post a Comment